Monday, April 5, 2010

[ Jawapan Bijak Pandai ]

Seolah-olah seperti merindui seseorang..
Ya, sesorang!! dia lah yang aku sedang maksudkan itu..DIA or DEAR??aku seperti keliru dengan sebutan yang perlu aku rungkaikan di sini..Dengan bahasa mudah yang perlu aku ungkapkan, aku merindui insan tersebut..kenapa mesti dia perlu pergi?? Pergi tanpa sebarang notis yang boleh akal aku ini menerima dan menganggap ianya sebagai logik..


Adakah aku jatuh cinta? mungkin ya ataupun tidak langsung..ataupun hanya emosi yang sedang menguasai diriku ini..[almaklumlah sejak kebelakangan ini aku sangat rajin membacanovel cinta] tetapi adakah itu salah satu punca emosi menguasai diri? mungkin kot..salah teman serumah aku kerana berjaya memujuk aku membaca novel yang beliau katakan sangat menarik dan best. ok, aku akur dan membacanya hampir sebulan untuk menghabiskannya..[aku masih mengeja sebab itu sangat lambat=p] yang pasti akhirnya aku berjaya menghabiskannya..jalan ceritanya sangat menarik..beruntung gadis tersebut. akan aku ceritakan kepada dear jalan ceritanya.itu janjiku kepadanya..aku harap dear akan mendengar kerana beliau adalah pendengar setiaku..terima kasih kerana meminjamkan telinga kamu kepada saya.

heshh bosannya rasanya memikirkan soal-soal cinta ini..ada seorang kawan pernah berpesan ketepikan dahulu soal perasaan. okey, aku ikut katanya. hah! hari ini aku macam nak berkongsi beberapa tips jawapan bijak pandai kepada para gadis-gadis semasa petemuan pertama ataupun first date [ mengingatkan aku dengan first date aku bersama si Dear dulu]...Tetapi mungkin pada masa itu aku pun tidak pasti aku memberikan jawapan seperti di bawah ini .. aku makin keliru..kuikuikui..

soalan pertama :
JIKA SI DIA BERTANYA : Mengapa gadis Secantik you masih lagi single ya?
ANDA PERLU JAWAB : Saya menunggu jejaka yang betul-betul hebat yang boleh dijadikan teman sehidup semati saya. and How about you??
(aku pun tidak pasti, mungkin dengan jawapan confident anda dan santai begini menunjukkan yang anda gembira dengan kehidupan single..sehinggalah anda bertemu dengan MR.RIGHT)

Soalan Kedua :
JIKA SI DIA BERTANYA : Kenapa you & si dia berpisah?
ANDA PERLU JAWAB : hah itulah, semuanya berubah selepas dia menjadi juara realiti tv. Dia semakin popular dan sibuk. jadi saya rasa kami tidak serasi...=p
(mungkin memberikan jawapan berunsur gurauan akan mengurangkan rasa janggal dan menggalakkan perbualan positif.. tidak perlu rasanya menceritakan perihal bekas pasangan semasa first date ini)

Soalan Ketiga :
JIKA SI DIA BERTANYA : You pernah Putus cinta?
ANDA PERLU JAWAB : ya!! siapa yang tidak pernah putus cinta
(jawapan begini untuk gadis-gadis yang pernah bercinta dan ini memberi maksud anda mampu untuk 'teruskan' hidup. Putus Cinta tidak bermakna anda akan kehilangan segalanya..)
TETAPI
jika anda tidak mempunyai pengalaman bercinta apa yang anda perlu katakan kepadanya adalah,
: Dulu saya pernah dilukai tetapi saya bernasib baik kerana tidak pernah jatuh hati kepadanya pun...

mungkin jawapan begini boleh diterima akal di kala si gadis sedang memikirkan untuk melangkah @ move on..& berjumpa dengan teman baru. Melangkah ke mana aku tidak tahu tetapi kadangkala langkah baru yang anda bakal ambil memberikan sejuta ataupun berjuta-juta kebaikan jika hendak dibandingkan dengan sebelum langkah tersebut diambil. Oleh itu jangan pernah takut untuk melangkah..Mungkin ada sesuatu yang terbaik yang sedang menanti anda. [mengingatkan kepada diri aku sendiri sebenarnya]


si dia di atas merujuk kepada jejaka hebat yang bakal berada didepan mata anda..

Good Luck ya!!!

(hasil dari membaca dapat la tips tersebut..takde experince sgt pon!! eehehe)


4 comments:

  1. hehehe..yezzz..berjaya gak ct abiskan baca novel tu yer...btw,mn dpt idea jawapan2 soklan 1st date tu..hahahaha....best..best,...

    ReplyDelete
  2. MEMBACA BUDAYA KITA...
    itu je bole kte btaw..hihihi
    btw, thnx utk novel yg best itu!

    ReplyDelete
  3. ape tajuk noveL 2??

    ade kaitan ngan idup cik siTi ke??..

    jgn skandal2 k..

    ReplyDelete
  4. tajuk dia rahsia la bro..nti cnfirm3 u ckp i JIWANGZ..hikss
    & i xde scandal2 da ni...tp DEAR tu kot yg scndal..hurmm

    ReplyDelete